.:-NEW LINE-UP 2011/2012-.:


IRKHS'S.......
"Towards continuity of Al-Qawy Wal Amin through IRKHS'S"

JNGN IZINKAN AKU JATUH CINTA ANDAI MASA BLM TIBA





Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.






Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

OMBAK RINDU versi taubat


tetiba tergerak hati nak tulis pasal ombak rindu dkm entri kali.


sebenar tadi,,duk facebooking..tetiba terbaca ttg OMBAK RINDU versi taubat..


wah menarik!! nak tau apa yg ada dlm ombak rindu versi taubat..jom layan lagu ni & hayati liriknya.


alangkah indahnya jika jalan cerita ombak rindu seperti dalam lirik lagu ni..


untungkan..sama2 la kita renungi..

hepi besday !!!!

assalamualaikum w.b.t..
lama rasanya blog ini menyepi dari tinta tulisan
sedikit ruang dan masa dpt juga di ambil kali ni
walaupun seketika tapi tetap di manfaatkan...

alhamdulillah...
balik2 dari cuti sem, dah ada org celebrate besday
tp bukan nu_fa yg punya..hu3...
hepi belated besday my sweetheart...
i will alway pray 4 u..
may ALLAH make ur life full wit love+hapiness+success..
insya'Allah..
khas bt anak sedaraku..

FRUIT DECORATION

1st time bt gubahan buah,,

Bahan2 tuk gubahan: 1) tembikai
                                 2) oren
                                 3)epal

bahan2 yg sikit tp banyak benda & bentuk yg blh dibuat..

step yg 1st, main masuk jer tembakai yg di potong bentuk segi empat sama..


ni 2nd step & last step...
dah siap sebenarnya...

xsangka menjadi jgk gubahan buah ni walaupun xde la cantik sangat...
xkisah la..janji da menang..

KEHIDUPAN & CINTA


Melangkah ke alam 20-an sememangnya membawa insan bernama remaja untuk berfikir lebih jauh mengenai erti sebuah kehidupan. Terbentang dihadapannya seribu satu pilihan yang akan menentukan corak masa hadapan. Semuanya terletak di tangan masing-masing. Pilihan yang mana harus digarap terlebih dahulu.
Pelajaran, perhubungan, percintaan, perkahwinan adalah topik-topik yang tidak akan pernah lari dalam perbualan remaja normal seperti saya. Sering saya berkongsi cerita dengan ummi setiap kali berbual.
"Ummi, kak fatin dah kahwin!" jawapan yang diterima.
"Belajar dululah kak."
Niat di hati sengaja saya mahu bercerita, namun respon yang diterima berbeza pula. Saya tahu, ummi mahu saya fokus dalam pelajaran terlebih dahulu. Usah bermain-main dengan perasaan.
Ummi saya berkaca mata. Pernah saya bercerita lagi kepada Ummi.
"Umi, semalam ada seorang kawan akak, dia YM dengan seorang kawan lelaki ni. Budak laki ni mulakan perbualan. Salam sayang, pelik akak dibuatnya, macam bukan pelajar agama. Kalau tengah bercinta memang macam tu ya? "
" Mana ada erti cinta sebelum kahwin. Kalau dah berdua dalam YM, samalah juga macam duduk berdua bersama-sama tanpa orang lain. Yang ketiga siapa? Mestilah SYAITAN bukan?"
Pesan Ummi, " Kalau nak dapat anak soleh tu mesti permulaannya baik dan betul."
Tipulah kalau saya cakap saya tak pernah rasa suka dengan seseorang. Perempuan memang cepat jatuh hati. Sangat bahaya!
Sangat normal untuk seseorang itu jatuh hati, taruh perasaan atau minat dengan orang lain. Saya tidak terkecuali. Ya, saya berkongsi cerita dengan Ummi.
Bagaimana saya boleh asyik, suka, minat. Pesan umi, solat tahajjud minta Allah tetapkan hati.
Tetapi dalam masa yang sama, saya takut kalau-kalau saya menjadi fitnah kepada saudara tersebut. Kakak perlu doa pada Allah seperti ini :
Ya Allah aku mohon ampun sekiranya perlakuanku menyebabkan dosa kepada saudaraku.
Saya takut saya ini melalaikan saudara saya daripada Allah. Memang perlu rasa seperti itu, supaya kita takut dengan Allah. Doa pada Allah supaya hati kita terpelihara daripada gangguan syaitan itu.
Saya takut perasaan minat saya hanyalah membuatkan saya lebih jauh daripada Allah. Kalau ada teringat-ingat itu cepat istighfar. Selagi tidak ada yang sohih jangan rosakkan hati kita.
Resah, gelisah, semuanya bergaul dalam diri. Saya seolah-olah mahu menafikan rasa suka saya terhadap saudara tersebut. Tiba-tiba rasa cemburu dengan kawan-kawan yang rapat dengannya. Rasa 'insecure.' Rasa mahu cepat-cepat uraikan belitan perasaan ini.
Diakah untuk saya?
Siapa saya untuk dia?
Jika dia pun suka sama suka dengan saya, apa perlu saya buat?
Saya takut saya akan turut bercinta seperti kawan saya yang lain. Nah, mungkin saya pula akan teruji begitu? SAYA TAKUT!
Serabut sangat perasaan itu. Rencana Allah itu indah. Rupanya Allah lontarkan masalah yang serupa kepada seorang sahabat di Mesir. Kami punya fikrah yang sama. Masing-masing takut dengan perasaan ini.
Sedang berlari-lari melalui hari dalam perasaan ini, banyak pula post dan artikel mengenai cinta bertebaran di laman web kunjungan saya.
Banyak juga tazkirah dan peringatan mengenai perihal cinta. Saya dan sahabat selalu bertukar cerita, selalu mengingatkan diri masing-masing tentang matlamat hidup anak perantauan menuntut ilmu.
Sehinggalah hati saya ini terusik dengan serangkap kata-kata hikmah yang akhirnya menenangkan gundah tidak sudah.
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah.
Bertemu yang soleh, belum tentu kekal, mungkin boleh berubah solehnya. Kerana si soleh adalah insan biasa.
Perkahwinan adalah sebuah proses menjadi dan bukannya mencari.
Orang kata, cinta itu tidak semestinya memiliki bukan? Lebih baik cinta dalam diam.
Semoga setiap pilihan kita itu dibawah bimbingan-Nya. Selalu kita mahukan sesuatu untuk memenuhi kehendak diri kita, tapi sering kita lupa, Allah tidak akan berikan setiap yang kita mahu tetapi Dia berikan setiap yang kita perlu.
Jadi, sekarang saya akan fokuskan diri, gandakan usaha untuk menjadi seorang ummi yang berjaya.
Kelak kekanda saya akan tiba jua. Kalau bukan di dunia, akan ketemu jua di syurga sana. Biiznillah...

p/s: pesanan buat diriku yg selalu alpa dengan keindahan dunia..moga diri ini masih teguh di jalan MU..insya'Allah..

Subuh Yg Terakhir

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang,
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang,
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir,
Tadi subuh yang terakhir..

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka,
Bila berjauhan barulah merindu didada,
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih,
Andai esok takkan hadir..

Jika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa,
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu,
Namun dihati mampukah dilupakan,
Rayulah kemaafan jangan sebelum nyawa dipulangkan...

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi,
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi,
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir,
andai esok takkan hadir...


Jika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa,
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu,
Namun dihati mampukah dilupakan,
Rayulah kemaafan jangan sebelum nyawa dipulangkan...

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa,
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta,
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat,
sebelum semua terlewat...

Lafazkan rasa cinta....
andainya sudah ditakdir tadi subuh yang terakhir...



p/s: bila dengar lagu ni,,rasa tersentuh sngt...kadang diri ni lupa nak ucapkan kata sayang bt org yg selama ni menjaganya..i LOVE both of u [abah&mak]..SAYANG sngt2...^____^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...