`IRK De Sabah`

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Hanya lafaz itu yang dapat menggambarkan betapa bersyukurnya diri ini dapat menjejakkan kaki ke SABAH. Sungguh rasa teruja sangat bila dapat ke sana, ye la kalau nak tunggu pergi sendiri ke sana, memang tak la kot. Maklum la bila berkumpulan, memang rasa kita tak terkapai2 di negeri orang. First time la kata kan.


10 jun 2012
Perjalanan bermula dari UIA pada pukul 10.15 & sampai ke LCCT lebih kurang pukul 11 lebih. tu pun kalo xsilap la..maklum la xtengok jam..HU3..Awalkan kami sampai LCCT, padahal flight kami pukul 6.30 pagi pada keesokan hari..Wah, mmg hebat la kami semua malam tu..xtidur sampai ke pagi..oh lupa nak bagitahu yang rombongan kami seramai 29 orang..rasa sangat2 teruja sebab ustazah nazirah ikut sekali..:-)


11 jun 2012
Tepat jam 4.30 pagi, kami dah terpacak tunggu untuk check in..maklum la kata azizah (dia ni org sabah n tahu selok belok mcm mne nk naik flight n sebagainya) time2 mcm ni mmg ramai org, so kitorang kena tunggu awal2 la sbb nak cepat2 masuk..ikut je la kan..tapi yang xboleh dilupakan bila salah seorang ahli rombongan kami terlewat sampai..nasib baik sempat, kalau tak memang sah2 xdapat nak ikut dah kami..cik juma,awk memang buat kami risau la..hehehe..


Masa dalam flight macam2 ragam nufa dapat tengok (ahli rombongan)..sumua pakat2 tidur, yela stay up sampai pagi..so dalam flight ambil la kesempatan untuk tidur sementara tunggu 2 jam untuk sampai ke K.K..padahal nufa pun tidur jugak..ngantuk sangat kot,mana boleh tahan..hehehe..


Tepat jam 9.30 pagi..kami sampai kat K.K..wah !!! teruja sangat..siapa sangka Allah telah mentakdirkan diri ini menjejaki SABAH..Alhamdulillah...sementara menunggu sis azimah (org sabah jgk, yg akan conduct kami ke kg johan jaya..kg dia la )..tercari2 jugak apa yg boleh di makan untuk sarapan pagi tu..alih2 ternampak la KFC..apa lagi, sarapan je la kat situ..KFC pn KFC la..janji boleh mengisi perut..hu3..


Perjalanan untuk ke kg johan jaya memakan masa 5 jam..kalau xsilap nufa la..macam biasa, kami terpaksa bertukar2 bas untuk sampai ke kg tersebut..kata azimah pihak UMS xdapat nak datang ambil kami masa kat airport, so, terpaksa la kami berdikari sendiri..sis azimah banyak sangat membantu..seperti rusa masuk kampung itulah gambaran yang dapat kami tafsirkan..maklum la first time sampai tempat org,mesti semua nampak cantik..tapi memang cantik pun. sempat singgah kat satu tempat tapi xtahu apa nama tempat tu..saja nak ambik gambar sbb tempat tu memang cantik & nyaman + sejuk lagi..






Alhamdulillah pada pukul 5 petang kami sampai kat kg johan jaya dengan menaiki 3 buah bas yang membawa kami kesana..terpinga2...rasa asing sangat..lain sangat dengan kg nufa..(gambaran yg dpt di ungkap)..berehat seketika di rumah azimah sebelum majlis perasmian Misi Dakwah & Khidmat Masyarakat pada malam nya..peserta lelaki xtahu la mereka berehat kat mana..semua azimah yang uruskan..rasa takut jugak bila tiba majlis perasmian malam tu..maklum la kena tinggal kat rumah orang yg xdikenali..nasib baik la dapat serumah dengan rozi, laila n ainon..xde la rasa macam duk sorang2 je kat rumah mak baru tu..hehe..tak disangka2 yg mak angkat nufa baik sangat2..tambah2 anak2 dia memang peramah. first time jumpa kami dah dapat berbual, bercerita macam dah kenal lama..mungkin itulah yang di namakan ukhuwwah.kita kan bersaudara..:-)


12 jun 2012
Pagi2 lagi dah di kejutkan oleh laila..syok2 tidur dengan sejuk lagi..katanya (biar la rahsia antara nufa & laila..hehe)..memang sejuk la kawasan kat kg tu sampai kan nak bangun pun rasa malas..tp kuat kan jgk sbb pagi tu kami kena g ke kebun..nak tolong mak kat kebun la kata kan..hajat di hati, pagi2 lagi nak bangun nak tolng kakak2 angkat baru ni masak..tup2 masuk je dapur semua dah terhidang..hehe..segan jugak la tapi makan je la kan..terasa pelik jugak makanan masyarakat kat kg tu, xpernah lagi kami rasa bihun campur dengan nasi putih..wah !! pelik22 !!...sambil2 nak tunggu mak & kakak2 ajak g kebun, tetiba boleh cuci mata dengan latihan sepak takraw budak laki plak..hehe..bkn gedik tapi nak mengomment sikit..tengok pada gaya diorang main memang confirm2 kalah bila lawan orang kg ptg nanti, yela gaya macam orang xpernah main je sebelum ni..cuma ada sorang dua je yg nampak mcm pandai sikit..maaf la comment lebih2 lak..hu3..masa kat kebun lagi la boleh buat mulut kami ternganga..nasib baik boleh buat2 tenang..memang luas la kebun mak angkat nufa ni..dengan ada kebun getah, kelapa sawit, pisang & macam2 lagi la..apa yang lebih excited, masa bergambar kat kebun..semua tempat rasa nak bergambar,buat kerjanya sikit je..hehe..xpe la,sekali sekala masuk tempat orang,mesti la nak buat kenangan kan..


Malamnya, program kami mengadakan movie show gitu..bukan sebarang movie, kalau tengok betul2 & hayati memang sedih ceritanya..Hafalan Shalat Delisa..best jugak sbb tengok cerita sambil makan..tapi sayang xsempat nak habis sbb lewat dah sangat2..budak2 pun nak sekolah esknya..


13 jun 2012
Kedingan pagi menyambut kami papbila bangun dari tidur..betapa payahnya nak mandi pagi dengan sejuknya hanya Tuhan saja yang tahu, tapi kena kuatkan semangat sebab pagi tu kami ada program motivasi kat sk Bunang & sk Malima..pukul 8 pagi kami dah kena gerak ke sekolah2 berkenaan..nufa, laila & ainon ke sk Malima dan rozi di heret ke sk Bunang...xpe rozi,nanti petang kita jumpa lagi..hu3..




Balik2 dari sekolah2 berkenaan, kami dijamu lunch kat rumah azimah..Sebelah petang pula kami ada DTE ke kg telelebour..macam2 ragam manusia yang jumpa tapi mereka semua ramah2..tu yang membuatkan nufa kagum dengan masyarakat kg kat Sabah ni..Malamnya kami ada majlis penutup Misi Dakwah & Khidmat Masyarakat..ada persembahan dari kami semua, walaupun nampak happyning tapi timbul jugak perasaan sedih sebab dah tahu ni adalah malam terakhir kami di kg johan jaya, keningau...


14 jun 2012
Hari terakhir kami berada di kg johan jaya..lepas je sarapan mak & kakak angkat ajak g tanam pokok limau,sekurang2 nya ada jugak kami tinggalkan kenangan kat rumah tu..macam biasa,ambik gambar xakan kami tinggalkan..hehe..lebih mengejutkan masa kami tengah bersiap2, mak & kakak angkat masuk ke bilik..tiba kami di berikan hadiah..wah..rasa terharu dan sedih sangat..betapa mereka mengingati pada kami beempat..nasib baik xmenitiskan airmata,hampir2 je..






Bertolak dari kg johan jaya ke ranau..kami bermalam di sebuah surau..walaupun xberapa selesa tapi Alhamdulillah ada jugak tempat kami untuk berlindung..malam nya kami di hidangkan dengan kuliah dari seorang ustaz(xingat dah nama nya)..lebih best lagi, malam tu budak laki yang masak untuk kami..apalagi makan je la..Alhamdulillah...


15 jun 2012
Kesejukan yang menggigit tulang menemani pagi kami semua..Tepat jam 9 kalu xsilap la..kami bertolak lagi surau di ranau ke sungai luanti..lebih kurang untuk picnic la jugak sebab siap bawak roti, sardin,epal lagi..kami disajikan dengan urutan oleh ikan2 di sumgai luanti..memang best la..terima kasih pada ustazah sbb belanja kami masuk ke sana..Selepas tu kami bergerak ke ladang teh after solat jumaat..satu kata yang dapat di ungkap "best" first time kan dtg..hampir jam 3, kami bergerak naik ke kaki bukit menuju ke kundasang..makan tengahari kat rumah mak angkat azimah..turun2 je dari bas tu,dah rasa sejuk...terfikir jugak,alangkah best kalau boleh tinggal kat sini..berangan je la..hehehe..Alhamdulillah, makanan ada tersediakan untuk kami semua..sebelum tu pihak tuan rumah meminta jasa baik dari kami untuk membuat tahlil..di conduct oleh abdul fattah & di bacaan doa oleh izzat afif..


Kata azimah kami xberkesempatan untuk melawat ke ladang lembu g dikata kan tempat tu seperti new zeland malaysia..memang betul kot..tapi xpe la,lain kali kami pergi la..bukan rezeki kami untuk kesana kot..Kami bergerak terus ke K.K iaitu rumah kediaman UMS..selesa rumahnya,ala2 banglo gitu..UIA pun xmacam tu..hehe..bermalam di situ sementara menunggu hari esok..


16 jun 2012
Hari terakhir kami berada di Sabah..tepat jam 9 pagi kami keluar dari kediaman UMS menyinggah2 di tempat2 yg agak cantik kat sabah ni sampai xtahu apa nama tempatnya..bukan orang sabah,so,xtahu la..paling di nanti2 kan oleh para muslimat adalah shopping kat pasar filipina..berpinar2 mata tengok mutiara banyak sangat kat situ..wah !! dah xtahu nak beli yang mana dah..kata azimah & azizah, kita kena servey dulu baru boleh beli sbb ada tempat yg murah & ada jugak yg saja buat2 mahal..


Habis shopping kami terus ke airport untuk balik ke semenanjung..sedih nya rasa nak tinggal kan sabah ni..macam nak duk lama lagi kat situ..tapi xboleh..hu3..


flight kami semua ada 2, jadi terpaksa berpisah..satu group naik pada pukul 6.30 & yg satu lagi jam 7.05..tapi xpe, nanti jumpa lagi kat LCCT..ragam kt airport..timbang2 beg takut terlebih berat..rasa nak tersenyum bila ingat balik..selamat tinggal Sabah..jumpa lagi !!


`berakhir Misi Dakwaj & Khidmat Masyarakat xbermakna berakhir perjalanan seorang dai'..perjalanan Dakwah tiada penghujung..kita bukan pemula,kita juga bukan penghujung tetapi kita penyambung..maka jangan hentikan perjalanan ini..Teruskan Berjalan`
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...